Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Penyumbang Terbesar Industri Perumahan

Sektor perumahaan di negeri Kelantan dianggap sangat menarik apabila negeri ini menjadi penyumbang tertinggi industri pembinaan rumah kerana membinaan rumah di atas tanah sendiri.

Ketua Pengarah Penilaian & Perkhidmatan Harta, Nordin Daharom berkata, negeri Kelantan menyumbang sebanyak 51 peratus daripada jumlah binaan rumah diatas tanah sendiri di seluruh negara.

Menurut Nordin, antara faktor yang memastikan negeri Kelantan menjadi penyumbang terbesar bina rumah atas tanh sendiri adalah kerana citarasa pembeli itu sendiri -- yang ingin membuat reka bentuk sendiri dalam pembinaan rumah mereka.

"Mungkin pembeli mengunakan tanah sendiri atau dibeli lebih awal, dengan cara itu pembeli boleh membuat reka bentuk sendiri, selain itu juga mungkin juga faktor pembuat rumah yang ramai turut menyumbang kepada keputusan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pinjaman Perumahan Sektor Awam (SPPSA) di Kota Bharu.

Turut hadir dalam acara ini adalah Pengarah Penilaian Negeri, Mohd Rofi Yusof.

Nordin berkata, seminar ini bertujuan memberi penerangan kepada pemain industri khusunya hal berkaitan prosedur khususnya selepas kerajaan mengubah tatacara pinjaman perumahan sektor awam.

"Ada beberapa kategori dalam membeli rumah, sama ada beli yang sudah siap, yang sedang dibina atau atas tanah sendiri dan setiap daripada itu mempunyai borang-borang prosedur yang berbeza.

"Dengan penjelasan yang diberikan, ia secara tidak langsung dapat menghuraikan masalah ketidakpuasan hati antara pemohon pinjaman rumah dengan yang menjalankan kerja," katanya.

Dalam pada itu, Nordin berkata, selepas lebih 60 tahun Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta negeri ditubuhkan, jabatan itu melalui fasa perkembangan yang lebih meluas termasuk di kerja-kerja di peringkat global.

"Kita bukan terhad kepada penilaian tanah dan bangunan, kita menekankan penilaian sumber alam seperti karbon, penilaian merin, penilaian perniagaan, diperingkat global pula kita membuat perundingan Arab Saudi untuk menyediakan perundingan latihan," katanya

Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait