Bina Rumah Banglo 2 Tingkat dengan Kolam Renang di Bachok Kelantan

Rumah banglo mewah 2 tingkat ini berkeluasan lebih 4000kps dibina diatas tanah sendiri di Bachok Kelantan.

Rumah banglo 2 tingkat ini siap bina dalam masa 9 bulan termasuk pemasangan perincian rumah seperti kemasan dalaman, pendawaian, perkakasan elektrik, kaunter dapur dan sebagainya. Segala perkakasan dalaman rumah dipilih sendiri oleh pemilik -- termasuklah ke pemilihan tombol pintu!

Pihak M.I Enterprise sentiasa berkerjasama dengan pemilik-pemilik rumah di Kelantan dengan sentiasa saling bertukar fikiran, memberikan ide-ide lebih bernas & kreatif serta memastikan segala binaan mengikut jadual & spesifikasi yang ditetapkan.

Bersama kakitangan terlatih & profesional M.I Enterprise membolehkan proses pembinaan umah diatas tanah sendiri yang lebih lancar & efisyen -- membantu merealisasikan impian pemilik-pemilik rumah mengikut bajet yang ditetapkan & dipersetujui.

Design & reka bina: https://blog.irsah.com/

Projek: Merekabentuk, membina & menyiapkan sebuah rumah banglo mewah 2 tungkat dengan kolam renang.
Klien: Persendirian - ahli perniagaan Kelantan
Keluasan Binaan: 4150 kps
Keluasan Tanah: 1 ekar
Perincian Kerja: Tingkat Bawah
  • Te,pat letak kerta berbumbung berasingan untuk 4 buah kenderaan
  • 2 tempat letak kereta
  • 2 ruang tamu
  • 1 ruang famili
  • 1 bilik pejabat
  • 1 bilik peralatan keselamatan
  • Dapur basah & kering
  • Ruang ampaian.
  • Ruang makan terbuka & tertutup.
  • Stor & bilik utiliti.

Tingkat Atas
  • Bilik tidur utama
  • Bilik air utama dengan "walk-in coset"
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air.
  • Ruang famili atas
  • Kolam renang
  • Balkoni
  • Ruang ampaian atas

Kerja-kerja Berkaitan
  • Kerja-kerja landskap
  • Pemasangan sistem sekuriti dengan penggera
  • Pemasangan sistem CCTV
  • Membina pagar perimeter setinggi 8 kaki
  • Reka & bina pintu pagar automatik
Status: Siap Bina
Lokasi: Bachok Kelantan

Gambaran Projek Sebenar


Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait