Cadangan Rekabentuk & Membina Pusat Sukan Futsal Berbumbung Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Keperluan sebuah pusat sukan sangatlah dinantikan bagi penduduk pantai cahaya Bulan (PCB) kususnya remaja di sekitar Kota Bharu Kelantan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemaju-pemaju perumahan di bandar Kota Bharu ini menyediakan sebuah pusat sukan bagi menyahut cabaran ini.

Dengan wujudnya pusat sukan sebegini, diharapkan mengurangkan gegala sosial disamping mensejahterakan penduduk-penduduk setempat.

Pusat sukan futsal in dibina diatas sebuah tanah berkeluasan 1.5 ekar dan dikelilingi oleh taman-taman perumahan & kawasan kampung.

Padang permainan futsal berbumbung ini lengkap dengan kemasan lantai "sport flooring", tempat persalinan lelaki/wanita, locker, kafe, ruang perniagaan, bilik air, pejabat urusan dan ruang solat.

Design & rekaan bina: https://blog.irsah.com/

Projek: Merekabentuk, membina & meyiapkan sebuah pusat sukan futsal berbumbung dengan kelengkapan profesional.
Klien: Pemaju Persendirian
Keluasan Binaan: -
Keluasan Tanah: 1.5 ekar
Perincian Kerja:
  • Padang permainan futsal berbumbung lengkap bertaraf profesional.
  • Tempat persalinan lelaki & wanita,
  • Kafe
  • Kaunter & pejabat urusan
  • Biik air lelaki & wanita
  • Ruang perniagaan
  • Tempat letak kereta.
Status: Perancangan
Lokasi: Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan

Gambaran Projek


Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait