Kerja-Kerja Memasang Struktur Bumbung & Kemasan Rumah Banglo Kelantan

Kali ini kami ditawarkan kerja-kerja usaha-sama membekal & memasang struktur bumbung kayu dirawat di sebuah rumah bango 1 setengah tingkat, dibina di atas tanah sendiri di Pasir Mas Kelantan.

Walaupun kedudukan tapak berada di kawasan kampung, ditengah-tengah bendang sawah padi -- namun sistem perhubungan seperti jalan raya berturap sudah pun tersedia & dalam keadaan yang amat baik.

Oleh itu, ia tidak menyukarkan laluan jentera-jentera berat kami untuk memastikan kerja-kerja diselesaikan dengan jayanya pada waktu yang ditetapkan oleh pemilik rumah.

Pembinaan & pemasangan struktur bumbung & kemasan di rumah banglo ini telah mengikut spesifikasi lukisan pelan yang telah diwartakan oleh konsultan arkitek.

Dengan adanya lukisan pelan, menggunakan jentera-jentera berkaitan, tenaga kerja mahir & separuh mahir mencukupi -- ia sedikit sebanyak telah mempercepatkan pembinaan rumah banglo ini disamping pemilik rumah berjaya menjimatkan kos binaan sehingga 15%!

Projek: Membekal, memasang & menyiapkan struktur bumbung & kemasan sebuah banglo 1 setengah tingkat. 
Klien: Persendirian
Keluasan Binaan: 1800 kps
Keluasan Tanah: 1/2 ekar
Perincian Kerja:
  • Membekal, me-reka & memasang struktur bumbung kayu dirawat.
  • Membekal & memasang lapisan kalis haba.
  • Membekal & memasang kemasan bumbung pilihan.
  • Membekal & memasang sesalur air hujan
  • Kerja-kerja berkaitan
Status: Siap Bina
Lokasi: Pasir Mas, Kelantan

Gambaran Projek Sebenar


Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait