Terbaru 10 Langkah Bina Rumah Tanah Sendiri Hingga Lulus

Sebelum anda membina rumah idaman di atas tanah sendiri di Kelantan, ada beberapa informasi  penting secara berperingkat yang anda perlu bersedia & ketahui.

Untuk membina rumah impian atas tanah sendiri di Kelantan (atau di Malaysia), pemilik rumah perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Oleh itu, pemilik rumah perlu mengemukakan lukisan pelan arkitek/pelukis pelan kepada PBT, sebelum memulakan binaan rumah idaman di atas tanah sendiri..

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan

Pemilik rumah perlu melantik arkitek/pelukis pelan untuk menyediakan lukisan pelan arkitek untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tahukah anda, dengan adanya lukisan pelan arkitek/pelukis pelan, pemilik rumah boleh juga membuat pinjaman perumahan melalui agensi-agensi berkaitan.

Ingin pinjaman perumahan yang mudah? Hubungi kami disini.

Tanpa lukisan pelan arkitek/pelukis pelan yang diluluskan, pemilik rumah bakal dikenakan tindakan berupa kompaun oleh PBT -- ini akan merumitkan lagi keadaan.

Berikut adalah langkah-langkah bagi menguruskan bina rumah impian anda diatas tanah sendiri di Kelantan. Secara amnya, langkah-langkah ini adalah hampir sama dilaksanakan diseluruh negara.

Langkah 1 - Melantik arkitek/pelukis pelan berdaftar


  • Memperoleh kelulusan pelan & kebenaran membina daripada PBT.
  • Antara skop kerja adalah penyediaan lukisan pelan, urusan melawat tapak cadangan, membuat rekabentuk rumah, menyediakan lukisan pelan arkitek yang lengkap, seterusnya urusan-urusan dengan agensi yang terlibat. 
  • Arkitek/pelukis pelan akan memberikan cadangan keluasan & saiz rumah yang boleh didirikan berdasarkan kepada keluasan tanah.
  • Arkitek/pelukis pelan akan membuat cadangan pelan lantai  rekabentuk bangunan seperti yang dikehendaki & patuh kepada undang-undang binaan bangunan serata  (Unifrom Building by Laws -- UBBL).
  • Pemilik harus memberikan maklumat mengenai impian rekaan rumah yang bakal dibina supaya rekaan arkitek/pelukis pelan akan selari dengan ide-ide asal pemilik. Maklumat-maklumat binaan rumah yang harus dikongsikan termasuk jumlah ruang diperlukan untuk rumah kediaman jumlah bilik dan bilik air, ruang tamu, ruang keluarga, ruang membaca dan sebagainya -- mengikut keperluan anda.

Langkah 2 - Menyediakan Dokumen


  • Bersedia dengan dokumen seperti salinan geran yang menyatakan lokasi, keluasan dan ukuran tanah. 
  • Adaalah penting untuk pihak arkitek/pelukis pelan memastikan keadaan tanah dan ukurannya supaya pelan dikemukakan selari dengan tapak cadangan. 
  • Atas sebab itu juga, pihak arkitek/pelukis pelan akan melawat tapak dan melihat keadaan sebenar di tapak. Arkitek/pelukis pelan juga akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 
  • Anda juga boleh datang sendiri ke JUPEM untuk mendapatkan maklumat tanah ini dengan sedikit caruman*.

Langkah 3 - Surat Akuan Pemilik Tanah


  • Bersedia dengan surat akuan pemilikan tanah.
  • Jika tanah anda bertulis nama orang lain sama ada nama bapa, ibu atau isteri dan tanah yang mempunyai nama berkongsi -- harus melengkapkan surat akuan yang dikeluarkan oleh PBT masing-masing sebagai pemilikan.
  • Surat akuan pemilikan tanah ini juga harus disahkan & mendapat sokongan dari pesuruhjaya sumpah atau agensi-agensi berkaitan yang diwartakan oleh PBT terlibat.

Langkah 4 - Sistem Pembentungan (Kelantan)


  • Set lukisan pelan sistem pembentungan wajib dikemukakan kepada syarikat yang menguruskan pembentungan. Contohnya  di Kelantan syarikat tersbut adalah Majaari Services Sdn Bhd. 
  • Lukisan pelan untuk sistem pembentungan ini akan diuruskan oleh pihak arkitek/pelukis pelan megikut spesifikasi yang ditetapkan. 
  • Pendaftaran pelan sistem pembentungan ini bermula dari *RM159 megikut spesifikasi pelan pembentungan dikemukakan.
  • Permohonan juga perlu mengemukakan bayaran SPAN dalam bentuk bank draft sebanyak *RM600 untuk seunit rumah kediaman/projek banglo.
  • Setelah pelan sistem pembentungan dikemukakan, barulah arkitek/pelukis pelan mengemukakan lukisan pelan arkitek kepada PBT berkaitan.  

Langkah 5 - Pelan Bomba


  • Mengemukakan lukisan pelan bomba bagi rumah banglo bertingkat & mempunyai banyak unit.
  • Syarat ini bergantung kepada kehendak PBT terbabit.

Langkah 6 - Cabutan Hak Milik Tanah


  • Wajib disediakan bersama-sama dengan permohonan kelulusan pelan arkitek kepada PBT berkaitan cabutan hak milik tanah ( aka Carian Asal ) yang asal.
  • Cabutan hakmilik tanah menyatakan maklumat paling terkini tentang status tanah anda. 
  • Cabutan Hakmilik ini diperoleh dari Pejabat Tanah dengan harga sekitar *RM20 sekeping.
  • Anda boleh dapatkannya sendiri di Pejabat Tanah atau mewakilkan kepada pihak arkitek/pelukis pelan untuk memperolehnya.

Langkah 7 - Kemukakan Pelan Arkitektur kepada PBT


  • Arkitek/pelukis pelan akan menyediakan dokumen & borang-borang yang berkaitan untuk dikemukakan kepada PBT bagi tujuan kelulusan binaan. 
  • Dokumen & borang tersebut termasuklah bayaran yuran daftar proses pelan bangunan, kebenaran merancang, salinan geran, cabutan hakmilik, akuan tuan tanah (jika berkaitan), akuan pemohon, pengesahan surat atau surat akuan terima oleh Majaari Services Sdn Bhd dan juga set lukisan pelan arkitek. 
  • Tempoh kelulusan daripada PBT biasanya mengambil masa antara *1 hingga 2 bulan.

Langkah 8 - Kelulusan & Bayaran Sumbangan


  • Setelah pelan diluluskan oleh PBT, set lukisan pelan arkitek dan surat yang diluluskan boleh diambil berserta sejumlah bayaran dikenali bayaran sumbangan*. 
  • Bayaran sumbangan bergantung kepada keputusan mesyuarat PBT yang diputuskan. 
  • Kelulusan yang dikeluarkan PBT ini boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan pinjaman perumahan.

Langkah 9 - Pelan Struktur


  • Pelan struktur atau "R.C Plan" hendaklah dikemukakan kepada PBT sebelum kerja-kerja binaan dimulakan di tapak cadangan. 
  • Biasanya, ia perlu dimajukan bersama-sama dengan Borang B. 
  • Keperluan pelan striktur itu bergantung kepada PBT. Ada PBT yang tidak memerlukan R.C Plan dan ada PBT mewajibkan penyerahannya. Nabum begitu, kebanyakan PBT mewajibkannya. 
  • Pelan RC boleh dikemukakan selepas lukisan pelan arkitek diluluskan, disediakan oleh pihak jurutera berdaftar. 
  • Untuk pelan struktur, anda boleh mewakilkan pihak arkitek/pelukis pelan untuk menguruskan penyediaannya.

Langkah 10 - Memulakan Binaan & Langkah Keselamatan


  • Sebelum memulakan kerja-kerja binaan, pastikan kesemua keperluan dan kehendak PBT dipatuhi sepertimana yang telah diluluskan di dalam lukisan pelan arkitek.
  • Pastikan semua kerja-kerja pembinaan yang dijalankan mengutamakan ciri-ciri keselamatan. Contohnya, memakai topi keledar keselamatan dan kasut keselamatan.

Pada dasarnya langkah-langkah membina rumah tanah sendiri ini adalah hampir sama dilaksanakan di kesemua PBT.

Yang membezakan adalah jumlah pembayaran fi/sumbangan, dimana ia ditetapkan oleh agensi berkaitan -- setelah meneliti pelan perancangan binaan rumah anda.

PBT – Pihak Berkuasa Tempatan
JUPEM – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Rumit bina rumah sendiri? Adakah membebankan?
M.I Enterprise terus memudah-cara proses membina rumah idaman atas tanah sendiri di Kelantan sejak 1994 lagi! Ketahui lebih lanjut disini.

* Data berubah mengikut situasi semasa.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait