Perkara Wajib Disemak Sebelum Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

Semua orang meng-impikan untuk memliki rumah sendiri, sama ada membeli rumah yang sudah siap dibina mahupun ingin membina rumah diatas tanh sendiri.

Namun ironinya, ramai lagi yang masih keliru, bagaimanakah langkah-langkah untuk membina rumah atas tanah sendiri.

Berikut kami kongsikan 6 perkara wajib bakal-bakal pemilik rumah bina atas tanah sendiri yang harus disemak sebelum memulakan projek mereka.

bina rumah tanah sendiri

Berikut adalah 6 syarat penting yang wajib anda ketahui & semak sebelum membina rumah diatas tanah sendiri kelak.

Nama Geran Tanah

Geran tanah wajib bertulis nama anda dan bukan berkongsi mahupun diwaris dari nenek atau ibubapa.

Status Tanah

Status tanah atau syarat tanah haruslah berstatus Kediaman. Jika status tanah sebaliknya, contoh Pertanian, anda perlulah menukar status tersebut terlebih dahulu.

Keluasan Tanah

Patikan keluasan tanah untuk membina rumah adalah sesuai & mempunyai kemudahan infrastruktur yang memadai, seperti laluan akses, jumlah kawasan bina yang cukup -- untuk membina sebuah kediaman. Ini termasuk menentukan sebarang "setback" yang telah diwartakan oleh agensi berkaitan untuk pembinaan kekal.

Tanah Tiada Sekatan

Anda harus semak tanah terlebih dahulu supaya ia tidak mempunyai sekatan. Sebagai contoh,  sekatan kaveat -- rumah yang dibina itu tidak sah disisi undang-undang.

Batu Sempadanan

Semak dengan pihak yang berwajib mengenai sempadan tanah anda. Kita tidak boleh bina rumah sembarangan tanpa tahu sempadan tanah kita. Pastikan dulu rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula sempadan tanah anda.

Tanah Kosong

Pastikan tanah anda dikosongkan & tidak mempunyai halangan untuk memulakan kerja-kerja binaan. Kos bakal meningkat jika keperluan untuk menjalankan kerja-kerja pra pembinaan & setresunya meningkatkan kos binaan rumah anda kelak.

Andaikata, keperluan diatas lengkap, anda boleh mencari kontraktor berkelayakan untuk memluakan projek bina rumah atas tanah sendiri anda.

Bolehlah mencari kontraktor berkelayakan bagi memulakan prose rekaan, penyediaan dokumen-dokumen teknikal, memohon kelulusan binaan & membuat pinjaman perumahan dari agensi berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Konten Terkait